Tidak ada fitnah yang paling besar dan dahsyat sejak Allah menciptakan dunia melainkan fitnah Dajjal. (Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnadnya dari Hisyam bin ‘Amar)

Kita pernah membaca kisah Namrud, bagaimana dia membina kota Babylon yang hebat dan mengaku dirinya sebagai tuhan manusia, pencetus agama Pagan yang dianuti hingga ke hari ini serta mengarahkan tenteranua membakar insan mulia bernama Nabi Ibrahim as. Namun kisah itu tidak dirakam sebagai fitnah dahsyat di dalam sejarah manusia.

Kemudian kita melewati kisah Firaun yang membina bongkah-bongkah segitiga gergasi Piramid yang hebat. Dikatakan dia tidak pernah sakit sepanjang hidupnya dan pernah mengaku; ‘…aku adalah tuhan manusia’. Dia juga tidak dikatakan ancaman dahsyat bagi tamadun umat manusia.

Menyusul selepas itu nama-nama pencetus krisis peradaban manusia zaman baru seperti Ceaser, Attila The Hun, Missoluini, Hitler dan banyak lagi tokoh kejam dan zalim tetapi tidak pun di antara mereka pernah digambarkan oleh Nabi SAW sebagai ancaman yang dapat menandingi ancaman fitnah yang akan dicetuskan oleh Dajjal.

Ini adalah pengakuan Nabi yang dirakamkan 1,400 tahun dahulu. Para sahabat yang mendengar kata-kata ini tergamam. Betapa ketika umat islam tandus imannya, Allah datangkan sebesar-besar fitnah di dalam kehidupan mereka. Lantas Nabi SAW mengungkapkan sebuah hadis berupa munajat dan pengharapan;

“…seandainya dia (Dajjal) keluar sedangkan aku berada di kalangan kamu, maka akulah yang berhadapan dengannya bagi mewakili setiap umat Islam. Dan jika dia (Dajjal) keluar selepas kematianku, maka setiap kamu adalah penyelamat bagi dirinya sendiri (bertanggungjawab untuk melawannya) dan Allah adalah sebagai penolong kamu sekalian ” (hadis sahih diriwayatkan oleh ibnu majah dan ibnu khuzaimah dari abu umammah)

Ramai yang cuba memahami kisahnya dan mengenali dirinya yang sebenar. Namun lebih ramai yang keliru bahkan menyimpang jauh dari hakikat yang sebenar. Hari ini kisah dari fitnah Dajjal ‘dipandang sepi’ , tidak lagi menjadi bicara umum, tidak disebut di dalam khutbah dan ceramah, bahkan kini kisah Dajjal tampil dengan pelbagai “wajah”.

Ketika membicarakan kisah Dajjal seolah-olah timbul keraguan, apakah benar kisah Dajjal satu hakikat atau hanya mitos agama dan sejauh mana kisah Dajjal meneati zaman sains dan teknologi.

Ketika inilah hadir jalan takwil dan tamsilan cerita Dajjal diukur mengukut jalan fikir yang selesa sedangkan pada hakikatnya ia terkeluar dari konteks maksud asal hadis Nabi SAW. Jika dapat diputar kembali ke zaman Nabi, mungkin akan timbul di hati baginda betapa amaran, harapan, dan doanya dipermudahkan sedemikian rupa.

Fitnah Dajjal adalah fitnah terbesar, terakhir dan terdahsyat di dalam sejarah manusia; itulah pesanan junjungan Nabi SAW.

“semenjak Adam diciptakan sampai berdirinya kiamat tidak ada hal yang lebih besar dari fitnah Dajjal” (Riwayat Muslim dalam sahihnya kandungan kitab Fitan dari Hisyam bin ‘Amir)

Ironisnya ketika subjek Dajjal dibicarakan baik melalui penulisan buku media, laman-laman web dan blog, ia kerap ditampilkan di dalam bentuk mitos atau misteri yang tak terungkap. Dalam masa yang sama ketika hadis-hadis Dajjal yang sahih ini diketengahkan lebih ramai pembicaranya selesa mengolah semula “intipati” hadis ini mengikut kesesuaian zaman dengan kaedah takwil, rukyah dan tamsilan.

Persoalannya, apakah pendekatan yang kita ambil ini benar sepertimana Nabi dan para sahabat melihat dan memahami  Dajjal? Apakah kita lebih mengetahui perihal Dajjal dari Nabi SAW sendiri?

Ad-Dajjal bermaksud menutupi. Ibnu Dihyah Al-Hafiz berkata : “para ulama sepakat mengatakan perkataan Dajjal itu membawa sepuluh pengertian.” Semua pengertian itu tetap menghinakan Dajjal.

Antaranya dia menipu manusia, dia menutupi bumi dengan kepalsuan, dia menginjak setiap inci bumi kecuali Mekkah dan Madinah dengan maksud membawa kehinaan, dia mencelup warna kehidupan manusia dengan kelalaian dan kefasikan dan dia membawa kilauan cahaya yang mengaburi mata manusia dari sinar kebenaran.

Jelas yang dibahaskan secara terperinci tentang Dajjal tidak hanya fitnahnya bahkan dikupas secara halus pengertian namanya. Imam Ibnu Hajar di dalam kitab Fathul Baari, dari gurunya Syeikh Majduddin Asy Syairazi al-Fairuz Abadi telah menghimpunkan 50 pendapat mengapa manusia ini dinamakan Dajjal.

Pertikaian penggunaan istilah Al-Masih juga dibahaskan oleh para ulama hadis kerana ia memberi konotasi yang silap dan menyimpang. Ia menimbulkan kekeliruan di antara Nabi Isa as dengan Dajjal. Terdapat pendapat yang mahu membezakan Dajjal dengan Nabi Isa as melalui penambahan ejaan Al-Masikh.

Tetapi menurut Ibnu Hajar di dalam kitabnya, Fathul Baari, ia adalah satu kesalahan yang diada-adakan. Sedangkan Nabi SAW mengikut Al-Qadhi Ibnu ‘Arabi membezakan ia sebagai Masih Adh Dhalalah yang bermaksud Al-Masih dengan kesesatan sementara Nabi Isa as digelar dengan Masih Al-Huda bermaksud Al-Masih dengan kebenaran.

Al-Masih di dalam pengertian bahasa melayu adalah “menghapus” atau “menutupi” dan turut membawa makna “yang mengembara”. Justeru untuk Nabi Isa, Al-Masih dipakaikan gelaran itu kerana Nabi Isa as menghapus penyakit-penyakit manusia melalui tangannya dengan izin Allah.

Dajjal disebut sebagai Al-Masih kerana mata kanannya terhapus (menutupi cahaya) dan alis mata kanannya juga terhapus atau menutupi dunia dengan kebenaran dan turut bermaksud Dajjal akan mengembara ke seluruh pelusuk dunia.

Dajjal adalah antara kisah akhir zaman yang paling kerap disebut oleh Nabi SAW. Ia adalah tanda bahawa dunia sudah sampai penghujung. Namun peringatan tentang bahaya fitnah Dajjal disebut seawal zaman nabi Nuh as lagi. Bahkan setiap Nabi yang dibangkitkan akan mengingatkan perkara yang sama bahawa Dajjal akan merosakkan agama, memporak-perandakan kesatuan manusia dan membawa kemusnahan dunia.

Nabi Muhammad SAW di dalam hadisnya menyebut:

“wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar di muka bumi ini sejak dari penciptaan Adam yang melebihi fitnah Dajjal. Dan bahawasanya tidak ada satu Nabi pun yang diutus oleh Allah yang tidak mengingatkan umatnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir. Ingatlah tidak dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti datang di kalangan kamu…” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Saya cuba membawa pembaca menjawab persoalan paling asas. Soalan ini nantinya akan membuka dimensi baru dan mungkin memberi bentuk rupa fitnah Dajjal yang dimaksudkan oleh Nabi. Persoalan asas itu adalah apakah Dajjal itu makhluk atau sekadar simbol sahaja, institusi atau sememangnya seorang manusia?

Persoalan ini adalah persoalan yang serius. Jelas soalan ini perlu ditanggapi terlebih dahulu sebelum kita membicarakan bentuk rupa fitnah Dajjal. Ramai di kalangan kita beranggapan soalan seperti ini termasuk di dalam hal yang remeh temeh dan tidak perlu dijawab.

Akan bersambung…InsyaALLAH…

Advertisements

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, hari ni aku telah berjaya membuat 1 blog konspirasi setelah mana banyak blog konspirasi muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

oleh itu, aku objektif akhir aku adalah untuk membuka simpulan2 sihir mata hati yang telah lama disihir oleh Dajjal laknatullah ni,
dan seterusnya untuk membangkitkan panji2 hitam dari timur…insyaALLAH…

semoga kalian dapat menyebarkan maklumat ini,
dan aku sudah mendapat tahu ada beberapa blog yg di ban oleh golongan tidak suka akan kebenaran…
aku harap blog aku ni tidak terkena sumpahan ban tu…
nawaitu aku untuk membuka minda dan mata manusia untuk menyedarkan mereka yang telah lama tidur lena dibuai mimpi dunia.
aku ingin membangkitkan kembali zaman kegemilangan islam yang sekian lama telah jatuh,
siapa lagi kalau bukan generasi sekarang.
sama2 kita doakan kejayaan umat islam.
tiada usaha, tiada kemenangan.

Allah hanya pandang pada usaha, bukan kejayaan kita!

sama2 sebar2kan untuk membuka simpulan2 sihir!

Allahu akhbar!